Thursday, June 19, 2008

LAGI CERITA NAZIR SEKOLAH CEMERLANG....


Khamis, 19 Jun 2008.

Hari ini nazir masih memantau SK Bukit Panau. Hari terakhirnya ini tumpuan pada sistem fail dan jejak-jejak jaya selama tiga tahun berturut-turut, 2005, 2006, dan 2007. Berbagai kejayaan yang telah dicapai oleh SK Bukit Panau. Dalam bidang kurikulum, hal-ehwal murid dan ko-kurikulum di peringkat sekolah, daerah, PPD, negeri, dan kebangsaan.


SK Bukit Bukit Panau juga menonjolkan beberapa tokoh yang berjaya hingga ke peringkat negara seperti Dato' Ahmad Junoh, Dr Johari Mat CEO KIAS dan ramai lagi. Sememangnya sudah lama sepatutnya SK Bukit Panau berada dalam kumpulan sekolah cemerlang. Namun apa daya, bukan aspek itu saja yang dinilai. Tapi kalau sekolah tidak cemerlang, mana mungkin mampu melahirkan tokoh-tokoh seperti YB Dr Abd Fatah Mahmood, bekas YB dan juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Hj Halim dan lain-lain lagi. Harap-harap sekolah cemerlang itu dapat pengiktirafan total dari Kementerian Pelajaran Malaysia.


Penggulunggan pihak nazir, zahirnya memuaskan hati warga SK Bukit Panau. Pujian dan teguran membina menggandakan lagi kami warga SK Bukit Panau untuk menjayakan lagi visi dan misi sekolah.


No comments: