Tuesday, June 17, 2008

COGAN KATA SEKOLAH

"ILMU PANDUAN HIDUP"
ILMU PANDUAN HIDUP adalah cogan kata sekolah ini. Ianya terdapat pada lencana sekolah. Ia membawa maksud semua warga sekolah iaitu guru-guru, kakitangan serta murid-murid sekolah ini sentiasa berpegang teguh kepada prinsip bahawa ilmu pengetahuan adalah sumber utama dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Menuntut ilmu adalah dituntut selaras dengan kehendak agama, bangsa dan negara.
Oleh itu sekolah ini meletakkan aspek ilmu pengetahuan sebagai tunggak utama dalam matlamat dan wawasannya. Sekolah ini sentiasa peka kepada segala perkembangan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat akan berjalan seiring dan berharap agar negara sentiasa harum di mata dunia dan masyarakat amnya akan lebih makmur dunia dan akhirat.

No comments: